Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah merupakan salah satu plan kami(saya dan enam kawan saya yang lain) selepas tamat pengajian di Kolej Matrikulasi Labuan. Kami membuat plan tersebut kerana bukan senang dapat peluang untuk ke Sabah setelah tamat program Matrikulasi. Oleh itu kami telah merancang percutian 3 hari 2 malam di Kota Kinabalu, Sabah, iaitu bermula pada hari Jumaat, 16 April 2010 hingga hari Ahad, 18 April 2010, sebelum berangkat pulang ke rumah masing-masing di Sarawak pada hari Isnin, 19 April 2010.
Kami mengambil keputusan untuk menggunakan ekspress dari Labuan direct ke Jesselton. Perjalanan kami mengambil masa selama 3 jam di atas laut. Laut+bergelora=MABUK. Continue reading

