Tagged with kml

Let by gone be by gone..

Maka, tepat jam 10 pagi pada hari Rabu, 6 Januari 2010, berakhirlah sudah Ujian Pertengahan Semester 2 untuk batch 2009/2010. Apa yang telah berlalu, biarlah ia berlalu. Jangan difikir-fikirkan kembali dan teruslah melangkah ke hadapan dengan usaha yang lebih agar impian yang sebenar, iaitu berjaya dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi 2(PSPM 2) akan dikecapi. Anggaplah UPS sebagai turning point kepada kita dan ambillah pengajaran daripadanya. Kepada semua pelajar Kolej Matrikulasi, especially Kolej Matrikulasi Labuan, semoga anda semua beroleh kejayaan dan keluar sebagai pelajar Matrikulasi yang berilmiah. :)

Tagged , , , ,

Ujian Paling Senang @ Ujian Paling Susah?

4 Januari 2010 merupakan hari keramat bagi semua pelajar Matrikulasi seluruh Malaysia yang telah berjaya meneruskan perjuangan ke semester 2. Ujian Pertengahan Semester 2(UPS 2) akan dilaksanakan serentak tepat pada jam 9 pagi hari Isnin pada ketetapan tarikh yang telah ditetapkan. Dalam ujian ini, pelajar akan diuji sejauh mana kefahaman mereka tentang 4 tajuk pertama bagi setiap matapelajaran yang diambil. Bunyinya memang sangat senang, tapi itu untuk pelajar yang betul-betul menumpukan perhatian dalam pembelajaran mereka. Bagaimana dengan pelajar yang sentiasa ‘relax dan ‘cool’?

UPS = Ujian Paling Senang @ Ujian Paling Susah?

Walau apa jua sekalipun, good luck and do the best because nothing is imposible. hehe.. :)

Tagged , , ,
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.